Nun di sana cita-cita kita, ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal, di sini hanya sebentar tidak kekal
Betulkan niat dari sekarang, tukar sikap kita yang merugikan
Qur’an dan sunnah jadikan panduan, agar esok kita tidak kekesalan
Biar susah sedikit kerana Tuhan, untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan, ambillah i’tibar kalau mahu sedar
Di sana tiada taulan yang membela, amal ibadah itulah pembela kita
Ayo bersegeralah membuat kebajikan, jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan
Pangkat dan harta tidak akan kekal, bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara, buatlah persiapan untuk kesana
Ayo bersegeralah menuju Allah, taatilah Ia minta ampun pada-Nya
Mati bila-bila masa boleh tiba, jangan sampai kita tidak bersedia
Nun disana cita-cita kita, ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal, di sini hanya sebentar tidak kekal
[credit to: nadamurni]